Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat (Apex)-
OK- Masih dianggap penjaga gol harapan
Negara. Memiliki karisma tersendiri.
KO- Kesilapannya
kerana kurang kemas menumbuk bola, dianggap punca kepada kekalahan ke atas
Singapura. Lantas meletakkannya di bangku simpanan sepanjang kejohanan. Tarikh
perkahwinannya yang hampir, bagi penulis sedikit sebanyak menjejaskan fokusnya.
Farizal Marlias-
OK- Pengganti Apex, Farizal sebenarnya
tidak mengecewakan, lantaran banyak menyelamatkan kubu Negara. Menentang Thailand,
beliau diasak bertubi-tubi. Aksi terbang menepis cubaan lawan memukau penonton.
KO- Namun, penulis tetap merasakan
“karisma”nya agak kurang jika dibandingkan dengan Apex.
Pertahanan
Zubir
Azmi-
OK- Muda, hadangan baik. Menjaga posisi
dengan betul. Nampak kecil namun mampu mengawal lawannya dengan baik.
KO-Fizikal agak rendah berbanding Azmi
Muslim dan Bunyamin Omar. Kurang membantu serangan dari kiri. Agak malu-malu
melakukan ‘try’ dari jauh dan hanya mengharapkan rakan-rakan senior lain
mencipta gol.
Azmi
Muslim-
OK- Fizikal tinggi, Hadangan baik. Larian
pantas.
KO- Hantaran ke atas selalu tidak tentu
arah.
Bunyamin
Omar-
OK- Boleh bermain pelbagai posisi seperti
Sabree Mat Abu. Bermula dengan bek kanan, kemudian ditukar ke kiri untuk
menggantikan Azmi yang cedera dan Zubir yang mungkin fizikalnya kurang untuk
mengekang ancaman Thailand.
KO- Tidak banyak membantu serangan, kurang
kreatif, tidak banyak yang boleh diharapkan dari beliau.
Mahali
Jasuli-
OK- Rajin membantu serangan. Yakin.
KO- Tdak diturunkan ketika melawan
Singapura. Hampir tiada kekurangan. Namun beliau kelihatan mati akal dan letih
di separuh akhir kedua.
Fadhli
Shas-
OK -
Bacaan permainan baik. Memang antara defend harapan. Bekerjasama dengan penjaga
gol. Hadangan lawan berkesan.
KO- Tindakan kurang berhati-hatinya membawa
padah sehingga menerima kad merah. Sekiranya berfikir panjang, seharusnya
beliau tidak membalas cacian psikologi dari pemain Thailand ketika di semi
final kedua. Akibatnya, skuad Negara, semakin tempang kerana hanya bermain 10
orang.
Faizal
Muhammad-
OK- Pengganti
yang sesuai untuk bek tengah, Aidil dan Fadhli. Sepatutnya beliau segera
dimasukkan selepas Fadhli dibuang padang kerana Kad Merah.
KO- Hanya dapat diturunkan 1 perlawanan.
Tidak banyak membantu serangan.
Aidil
Zafuan-
OK- Fizikal. Pantas memotong bola. Hadang
shooting lawan guna badan.
KO- Kadang kala kelihatan gopoh. Clear bola
tidak tentu arah. Sekurang-kurangnya bila clear ke penyerang, penyerang boleh
‘gunakan bola itu. Tapi sebaliknya berlaku.
Pemain Tengah
Baddrol
Bakhtiar-
OK- Hantaran jauh, kawalan bola di tengah,
membuka permainan dan sekali sekala membantu serangan.
KO- Beliau tak sepatutnya bermain jika
Safiq Rahim ada.
Wan Zack
Haikal-
OK- Winger yang baik dengan larian
bertenaga, hantaran menggugat pertahanan lawan.
KO- Injured. Perform 2 game,dan tak main 2
game.
Azamuddin
Akil-
OK- Fizikal, larian, sumbang 1 gol penting
Negara melawan Indonesia.
KO- Seakan kurang serasi. Lambat membuat
crossing. Teragak-agak melakukan tindakan. Terlalu lama memegang bola. Kawalan
kurang. Terburu-buru melakukan hantaran.
S.
Kunalan-
OK- Larian ‘lipas kudung’. Sprinter,
100meter mesti dapat pingat.
KO- Tiada jaringan. Cepat-cepat mahu
berlari bila mendapat bola.
Safiq
Rahim-
OK. Pakar free kick dan corner.
KO- Tampak letih di semi final kedua. Tiada
sumbangan yang dapat diharapkan dari hantaran2nya. Tidak banyak dapat membantu
Mat Yo di posisi serangan.
Shakir
Shaari-
OK- Permainan tenang, short pass ala2 xavi
hernandes. Meredakan ketegangan di bahagian tengah.
KO- Cedera buku lali. Cepat ‘panas’ dengan
kedegilan pemain lawan.
Gary
Steven Robert-
OK-Pemain tengah bersahaja. Tenang. Body
contact baik.
KO- Terlalu tenang sehingga kadang kala
lambat melorong bola dan kurang peka sehingga terabai posisi.
Amar
Rohidan-
KO- Sebenarnya pemain defensive midfielder
yang mampu bertahan dengan disiplin. Hantaran jauh membuka permainan.
KO- Tak banyak yang boleh diharapkan darinya
untuk membantu serangan. Gopoh. Sesekali kawalan bola kurang cermatnya di
posisi tengah merisaukan. Namun, apabila
mengambil posisi Fadhli Shah di bek tengah, kawalan bola kurang cermatnya itu
membolehkan Teerasil menjaringkan gol. Terima Kasih Amar.
Penyerang
Safee
Sali-
OK- 1 gol lawan Laos.
KO- Tiada gol lagi dijaringkan. Kurang
menerima hantaran midfield. Tak banyak yang mampu disumbangkan Safee.
Kecederaan dialami menjadikan Safee seperti Kereta BMW kehabisan petrol.
Diberitakan juga ada 9peluang, hanya 1 yang masuk ketika melawan Laos.
Norshahrul
Idlan Talaha-
OK- Pemain paling bernilai. Pengkucar kacir
pertahanan lawan. Tanpa beliau, kita terpaksa mengharapkan serangan dari
Mahali.
KO- Sering dibentes lawan. Suka bergerak
sendirian. Beliau sepatutnya bermain di belakang penyerang.
Khyril
Muhymeen-
OK- Nampak kecil, tapi bertenaga. Sumbang 1
gol.
KO- Cedera. Tak banyak sumbangan. Permainannya
tidak menjadi ketika menentang Thailand.
Fakri
Saarani-
OK- Mampu kucar kacir pertahanan lawan
dengan larian derasnya.
KO- Aspek kawalan bola masih kurang. Hanya
segera mahu berlari ketika dapat bola. Tiada rasa ingin bergerak satu demi satu.
Shooting perlu diperbaiki.
Ahmad
Hazwan Bakri-
OK- Penyerang yang berbakat sebenarnya.
KO- Tidak diturunkan. Penulis ingin sekali
melihat aksinya menjadi top striker menggantikan Safee Sali dan bermain dengan
Mat Yo yang bertindak sebagai pemain belakang striker. Namun, Rajagobal memilih
untuk meletakkannya sebagai satu-satunya pemain yang tidak bermain sebarang
perlawanan di kejohanan kali ini.
*Sekadar pandangan penulis sahaja, hakikatnya, menganalisis diri sendiri adalah lebih baik. Sekian.