Thursday 18 April 2013

Butterfly in the stomach.

Kupu2 dalam perut.

Fenomena 'nervous' kalau nak presentation. Rasa sakit perut. Cemas.

Tapi yg kelakar hari tu, tyme aku presentation, ada sorang group members aku kata...

"Wei, aku nervous r wei. Butterfly in the stomach. Nak terberak-berak aku."

Word nak 'terberak-berak' tu, aku 'pause' kejap. Aku settle aku punya part presentation, settle.

Balik kelas, kat bilik, aku tekup bantal, aku gelak sorang2.

"terberak-berak aku"

Friday 12 April 2013

Aura Zarul Umbrella

Beberapa minggu lepas, aku terdengar ada jiran aku nyanyi lagu "Ramalanku benar belaka"- Umbrella.

Layan gak. Aku pun melalak sorang2 dalam bilik.

Then, baru2 ni ABPBH2012 sekali muncul dia punya vokalis la. Zarul Umbrella.

Suka style rambut + tuxedo + spec dia.

Ber'aura'. Aku terkesima depan laptop.

Erk??? Ingatkan aku sorang je. Masa aku search google, jumpa FB + twitter dia ramai peminat komen memberikan pandangan yg positif terhadap persembahan itu.

Meletop la nama Zarul Umbrella.


cc to msgreenphotography
p/s: entri kali ini tiada apa2 pengajaran. cuma melahirkan kekaguman dengan aksi manusia ini.

Saturday 12 January 2013

Analisis Para Pemain Malaysia- AFF Suzuki Cup 2012


Penjaga Gol

Khairul Fahmi Che Mat (Apex)-
OK- Masih dianggap penjaga gol harapan Negara. Memiliki karisma tersendiri.
KO- Kesilapannya kerana kurang kemas menumbuk bola, dianggap punca kepada kekalahan ke atas Singapura. Lantas meletakkannya di bangku simpanan sepanjang kejohanan. Tarikh perkahwinannya yang hampir, bagi penulis sedikit sebanyak menjejaskan fokusnya.
Farizal Marlias-
OK- Pengganti Apex, Farizal sebenarnya tidak mengecewakan, lantaran banyak menyelamatkan kubu Negara. Menentang Thailand, beliau diasak bertubi-tubi. Aksi terbang menepis cubaan lawan memukau penonton.
KO- Namun, penulis tetap merasakan “karisma”nya agak kurang jika dibandingkan dengan Apex.

Pertahanan

Zubir Azmi-
OK- Muda, hadangan baik. Menjaga posisi dengan betul. Nampak kecil namun mampu mengawal lawannya dengan baik.
KO-Fizikal agak rendah berbanding Azmi Muslim dan Bunyamin Omar. Kurang membantu serangan dari kiri. Agak malu-malu melakukan ‘try’ dari jauh dan hanya mengharapkan rakan-rakan senior lain mencipta gol.
Azmi Muslim-
OK- Fizikal tinggi, Hadangan baik. Larian pantas.
KO- Hantaran ke atas selalu tidak tentu arah.
Bunyamin Omar-
OK- Boleh bermain pelbagai posisi seperti Sabree Mat Abu. Bermula dengan bek kanan, kemudian ditukar ke kiri untuk menggantikan Azmi yang cedera dan Zubir yang mungkin fizikalnya kurang untuk mengekang ancaman Thailand.
KO- Tidak banyak membantu serangan, kurang kreatif, tidak banyak yang boleh diharapkan dari beliau.
Mahali Jasuli-
OK- Rajin membantu serangan. Yakin.
KO- Tdak diturunkan ketika melawan Singapura. Hampir tiada kekurangan. Namun beliau kelihatan mati akal dan letih di separuh akhir kedua.
 Fadhli Shas-
OK - Bacaan permainan baik. Memang antara defend harapan. Bekerjasama dengan penjaga gol. Hadangan lawan berkesan.
KO- Tindakan kurang berhati-hatinya membawa padah sehingga menerima kad merah. Sekiranya berfikir panjang, seharusnya beliau tidak membalas cacian psikologi dari pemain Thailand ketika di semi final kedua. Akibatnya, skuad Negara, semakin tempang kerana hanya bermain 10 orang.
Faizal Muhammad-
OK- Pengganti yang sesuai untuk bek tengah, Aidil dan Fadhli. Sepatutnya beliau segera dimasukkan selepas Fadhli dibuang padang kerana Kad Merah.
KO- Hanya dapat diturunkan 1 perlawanan. Tidak banyak membantu serangan.
Aidil Zafuan-
OK- Fizikal. Pantas memotong bola. Hadang shooting lawan guna badan.
KO- Kadang kala kelihatan gopoh. Clear bola tidak tentu arah. Sekurang-kurangnya bila clear ke penyerang, penyerang boleh ‘gunakan bola itu. Tapi sebaliknya berlaku.

Pemain Tengah

Baddrol Bakhtiar-
OK- Hantaran jauh, kawalan bola di tengah, membuka permainan dan sekali sekala membantu serangan.
KO- Beliau tak sepatutnya bermain jika Safiq Rahim ada.
Wan Zack Haikal-
OK- Winger yang baik dengan larian bertenaga, hantaran menggugat pertahanan lawan.
KO- Injured. Perform 2 game,dan tak main 2 game.
Azamuddin Akil-
OK- Fizikal, larian, sumbang 1 gol penting Negara melawan Indonesia.
KO- Seakan kurang serasi. Lambat membuat crossing. Teragak-agak melakukan tindakan. Terlalu lama memegang bola. Kawalan kurang. Terburu-buru melakukan hantaran.
S. Kunalan-
OK- Larian ‘lipas kudung’. Sprinter, 100meter mesti dapat pingat.
KO- Tiada jaringan. Cepat-cepat mahu berlari bila mendapat bola.
Safiq Rahim-
OK. Pakar free kick dan corner.
KO- Tampak letih di semi final kedua. Tiada sumbangan yang dapat diharapkan dari hantaran2nya. Tidak banyak dapat membantu Mat Yo di posisi serangan.
Shakir Shaari-
OK- Permainan tenang, short pass ala2 xavi hernandes. Meredakan ketegangan di bahagian tengah.
KO- Cedera buku lali. Cepat ‘panas’ dengan kedegilan pemain lawan.
Gary Steven Robert-
OK-Pemain tengah bersahaja. Tenang. Body contact baik.
KO- Terlalu tenang sehingga kadang kala lambat melorong bola dan kurang peka sehingga terabai posisi.
Amar Rohidan-
KO- Sebenarnya pemain defensive midfielder yang mampu bertahan dengan disiplin. Hantaran jauh membuka permainan.
KO- Tak banyak yang boleh diharapkan darinya untuk membantu serangan. Gopoh. Sesekali kawalan bola kurang cermatnya di posisi tengah merisaukan.  Namun, apabila mengambil posisi Fadhli Shah di bek tengah, kawalan bola kurang cermatnya itu membolehkan Teerasil menjaringkan gol. Terima Kasih Amar.

Penyerang

Safee Sali-
OK- 1 gol lawan Laos.
KO- Tiada gol lagi dijaringkan. Kurang menerima hantaran midfield. Tak banyak yang mampu disumbangkan Safee. Kecederaan dialami menjadikan Safee seperti Kereta BMW kehabisan petrol. Diberitakan juga ada 9peluang, hanya 1 yang masuk ketika melawan Laos.
Norshahrul Idlan Talaha-
OK- Pemain paling bernilai. Pengkucar kacir pertahanan lawan. Tanpa beliau, kita terpaksa mengharapkan serangan dari Mahali.
KO- Sering dibentes lawan. Suka bergerak sendirian. Beliau sepatutnya bermain di belakang penyerang.
Khyril Muhymeen-
OK- Nampak kecil, tapi bertenaga. Sumbang 1 gol.
KO- Cedera. Tak banyak sumbangan. Permainannya tidak menjadi ketika menentang Thailand.
Fakri Saarani-
OK- Mampu kucar kacir pertahanan lawan dengan larian derasnya.
KO- Aspek kawalan bola masih kurang. Hanya segera mahu berlari ketika dapat bola. Tiada rasa ingin bergerak satu demi satu. Shooting perlu diperbaiki.
Ahmad Hazwan Bakri-
OK- Penyerang yang berbakat sebenarnya.
KO- Tidak diturunkan. Penulis ingin sekali melihat aksinya menjadi top striker menggantikan Safee Sali dan bermain dengan Mat Yo yang bertindak sebagai pemain belakang striker. Namun, Rajagobal memilih untuk meletakkannya sebagai satu-satunya pemain yang tidak bermain sebarang perlawanan di kejohanan kali ini.

*Sekadar pandangan penulis sahaja, hakikatnya, menganalisis diri sendiri adalah lebih baik. Sekian.

Sunday 16 December 2012

Permainan Psikologi Thailand

Bunyamin (5), Safee (10), tunduk selepas tewas kepada Thailand
Kecewa. Namun saya sudah bersedia awal-awal lagi untuk menerima apa sahaja keputusan. Bukan kerana saya tidak yakin dengan kemampuan Harimau Malaya, tetapi saya ternanti-nanti apakah helah yang bakal digunakan Thailand sebagai tuan rumah. Jika diperhatikan, baik dari segi taktikal permainan, mahupun keadaan padang dan kemudahan yang disediakan, kita sebenarnya di bawa masuk ke ‘jerat’ pasukan gajah perang itu sedikit demi sedikit. Pada akhirnya, kita dibenarkan pulang dengan kekalahan memeritkan 0-2 (agregat 1-3) kepada mereka.
 
Padang tidak diperiksa AFF.
Tiada tempat persalinan, tandas, padang berlopak air, dan jaring gol berlubang. Begitulah layanan ‘kelas A’ yang diberikan kepada pasukan Malaysia. Secara tidak langsung hal ini mengganggu urusan sesi latihan. Pemain ditakuti tercedera dengan permukaan padang yang begitu teruk, maka Datuk K.Rajagobal tidak mahu mengambil risiko membiarkan pemainnya berlatih sepenuhnya di situ. Sehari kemudian, muncul pula cerita yang mengatakan padang di Stadium terlalu lembut. Tidak sesuai untuk latihan katanya. Pasukan diarah bergerak ke padang lain. Sekali lagi sesi latihan ‘dikacau’ Thailand.

Agresif untuk ‘panaskan hati’ pemain.
Sejak wisel berbunyi, penulis dapat memerhatikan corak agresif para pemain Thailand. Siku, bentesan keras, mencaci maki pemain kita, dilihat sengaja membuat pemain kita ‘panas’. Mereka berharap pemain kita akan membalasnya, untuk layangan kad dan seterusnya mengurangkan bilangan pemain Malaysia di atas padang. Strategi pikologi dan provokasi itu berhasil apabila Fadhli Shas yang bertindak membalas cacian itu menerima kad merah. Di situ saya dapat merasakan salah satu daripada apa yang Thailand mahukan dalam perlawanan itu sudah tercapai. Iaitu menyingkirkan pemain dengan teknik cacian (sehingga pemain marah lalu melakukan tindak balas). Hal ini memudahkan lagi ‘kerja’ mereka untuk menjerat Harimau Malaya.

Corak meletihkan.
Corak permainan mereka meletihkan kita. Hantaran-hantaran pendek, dengan skil dan kemahiran individu mereka hanya melemaskan kita. Kita hanyut ke sana ke mari untuk menutup ruang mereka masuk ke dalam kawasan gol. Cara mereka mengawal permainan wajar dipuji dan dipelajari oleh kita. Kita cukup ketinggalan dari aspek kawalan bola dan permainan. Penulis dapati kita terlalu kerap membuat hantaran jauh yang tidak ke mana, malah mudah didakap pemain pertahanan lawan. Ini satu ‘penyakit’ dalam bola sepak kita. Bila ini berlaku dalam perlawanan malam tadi, penulis sudah dapat meneka keputusan perlawanan. Sekali lagi, apa yang pasukan Thailand mahukan, berjaya, iaitu meletihkan pemain lawan dengan corak permainan mereka.

Thailand bermain cukup agresif
Rumusannya, corak permainan ‘tiki-taka’ (one touch football) dalam permainan bola sepak moden ini perlu kita terapkan dalam permainan kita. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga pemain, meningkatkan kawalan pasukan dalam permainan, dan membentuk permainan yang lebih tersusun. Selain itu, pemain-pemain Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi sebarang serangan psikologi dan provokasi pasukan lawan. Jangan sampai kita terperangkap. Pihak lawan kadang kala bertindak mengacau ‘mental’ kita sehingga akhirnya kita bertindak di luar kawalan diri dan hilang fokus dari tujuan asal kita berada di atas padang bola. Sekian, mengaum harimau terus mengaum, dan jangan pernah kenal erti putus asa.

Thursday 13 December 2012

AFF Suzuki Cup 2012 Separuh Akhir Kedua, Thai. vs Mas.

 Ulasan Sebelum Perlawanan

Ada beberapa minit lagi game Thailand vs Malaysia nak mula. Saya melihat perlawanan ini sebagai cukup dinantikan oleh para peminat. Tertanya-tanya mampukah Malaysia? Segala-galanya masih samar, bernisbah 50:50. Kedua-dua pasukan memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Thailand Mantap.
Tidak ramai peminat bola sepak negara yang betul-betul berani mengatakan Malaysia pasti akan menang, kerana Thailand bukanlah calang-calang pasukan. Memetik kata-kata ketua pasukan negara, Safiq Rahim, "Kalau kita ingin menjadi pasukan hebat, kita kena lawan pasukan yang hebat". Ada kebenaran di situ. Saya bersetuju. Inilah cabarannya. Cabaran bergelar juara.

Teerasil cukup berbisa

Malaysia Perlu Yakin.
Tidak mustahil untuk menang. Teerasil Dangda, pemain Thailand yang cukup perlu diambil perhatian. Pergerakannya perlu diperhatikan dan dikawal rapi sepanjang perlawanan selagi wisel terakhir tidak ditiup pengadil. Apa-apa pun penulis mampu membuat kesimpulan, pasukan yang menjaringkan gol dahulu, ia bakal memenangi perlawanan ini. 

Datuk K.Rajagobal, pemikir strategi negara.

Akhir Kata.
Tentunya setiap minit perlawanan bakal ditonton dengan penuh debar. Pasukan ini mewakili negara kita, mencermini imej rakyat kita, membayangi siapa anak Malaysia. Namun menang kalah adat pertandingan. "It just a game". Biar menang, kita juara, negara dihormati, impian kita kecapi. Sebaliknya, jika kalah, biarlah dalam keadaan melawan, persembahan membanggakan, agar kami tidak terus terjerumus dalam kecewa.

p/s: Rasional dalam menerima keadaan bakal muncul pada masa hadapan.



Monday 10 December 2012

Adiwira Penyelamat

"Semua faham!???", tanya Puan Nur Hikmah, pensyarah kelas ekonomi.

Diam membatu. Tiada respon dari kami para pelajar. Getir.

"Shakir!,(bukan nama sebenar), faham tak!? Cuba kamu terangkan semula apa yang kamu faham.".

Sentap.

"Alamak. Mana dia tahu nama aku ni", hati mula berbisik. Hairannya, selama ini tidak pula saya ada memperkenalkan diri saya kepada beliau.

Barangkali, dia sudah memerhatikan saya agak lama. Ada kira-kira 40 orang pelajar, namun saya menjadi sasarannya.

Saya terdiam. Saya memang tidak berapa faham. Saya percaya sahabat-sahabat sekeliling ada jua yang tak berapa faham. Namun mereka tidak muncul untuk bertanya seperti saya.

"Tadi saya tanya semua faham tak, tapi kenapa senyap. Sekarang ni kamu faham ke tak?", beliau menambah.

Suasana di luar bilik kuliah
"Shakir, cepat terangkan", beliau bertegas kali ini.

Saya cuba bertanya sahabat di sebelah, meminta bantuan. Namun, agak mengecewakan kerana mereka turut tidak faham sebenarnya.

Kelas menjadi sepi. Menanti penerangan dari saya.

Tiba-tiba, "Err, begini puan, keluk ini menyatakan tentang.....", seorang sahabat saya yang berada di belakang mula bersuara dan menerangkan apa yang diinginkan oleh Puan Nur Hikmah.

Rupa-rupanya, sahabat itu memiliki nama yang sama seperti saya, iaitu 'Shakir'. Dia ni memang pelajar yang selalu berjumpa dengan pensyarah dan rajin bertanya. Hal itu menyebabkan pensyarah mengenali namanya lalu memanggil nama 'Shakir' untuk meminta respon.

Terima kasih 'Shakir' kerana menjadi adiwira yang menyelamatkan saya di kelas pada tengahari itu.

p/s: Perlunya kita sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Mungkin?


Saturday 8 December 2012

Kisah Sekeping Borang dan Sebotol Petrol

SEKEPING BORANG

"Dik, tolong akak boleh?" sapa seorang gadis yang lebih berusia dari saya.

"Tolong apa kak?", saya menjawab soalan dengan soalan.

"Belikan akak borang jawatan kosong ni. Nanti akak kirimkan duit sekali", balasnya menyatakan tujuan sebenar.

"Mmm...boleh kak, tapi lusa la, sebab esok saya tak sempat, ada hal sikit.", saya memberi cadangan.

"Ok", tenang kakak itu menamatkan perbualan.

Kakak itu sedang mencari kerja-kerja kosong di internet. Iklan dari UUM menawarkan jawatan yang berkaitan dengan dirinya. Lalu memohon bantuan saya untuk membeli borang tersebut di Bendahari UUM dengan harga RM5. Saya mendahulukan duit saya. Beliau tak sempat menghulur duit. Tidak mengapa, RM5, kalau RM50 mungkin saya tidak mampu mendahulukan ketika itu.

Jabatan Bendahari UUM, di belakang air pancut ini.
Dipendekkan cerita, borang itu sudah berjaya saya beli. Beliau menghulurkan saya RM10. Saya memulangkan RM5 sebagai baki. Beliau menolak dan berkeras untuk saya menerima RM10 itu. Dengan keadaan bersalah, saya menyatakan kepadanya,

"Kak, saya ikhlas ni tolong akak".

Beliau menjawab, "Tak apa adik, akak pun ikhlas bagi duit tu kat adik. Ambillah. Doakan akak dapat kerja ni ok. TQ."

SEBOTOL PETROL

Beberapa hari kemudian, motor saya kehabisan petrol. Kebetulan di luar sebuah pasar raya. Ada 3 orang saya jumpa, di tempat yang sama, di waktu yang berbeza.

Pertama, penjaga parking kereta. Beliau seorang yang bisu. Beliau menulis di atas sekeping kertas, mengarah saya meminta pertolongan "Pak Guard" pasar raya tersebut untuk meminjamkan motor, untuk saya membeli petrol (isi dalam botol kosong). Namun, "Pak Guard" itu baru sahaja memulakan tugas merondanya. Hilang dari pandangan.

Kedua, penjaga parking motor. Ramah. Tapi sedikit sombong. Beliau tiada motor, katanya kebetulan kawan dia hantar ke tempat kerja hari itu. Lalu membiarkan saya terkapai-kapai. Beliau buat tak tahu sahaja. Tidak menggerakkan inisiatif untuk membantu saya. Barangkali beliau pun sudah buntu. Aku cuba bersangka baik.

Ketiga, seorang budak berbasikal fixie. Kehadirannya, memang saya nantikan.

"Dik, tolong abang beli petrol dik. Boleh?", pinta saya sambil menghulurkan RM2 dan sebotol mineral kosong..

"Owh, boleh.",jawabnya penuh yakin.

Di dalam hati risau juga, kalau budak ni kebas duit RM2 itu dan tidak pulang semula. Namun, saya yakinkan juga di dalam hati, dengan Tuhan sebagai saksi.

Shell paling hampir, tapi masih jauh jika berjalan kaki.
10 minit kemudian, budak itu tiba dengan petrol di botol. Lalu saya menghulurkan tambahan RM2 sebagai upah. Juga tanda terima kasih kepadanya.

"Eh, tak apa bang, saya ikhlas", sambil tangannya menolak huluran saya.

"Eh, ambillah, kalau tak nak jugak, ambillah RM1 ni", saya tetap jua ingin meberi 'sesuatu' sebagai balasan.

Matanya merenung seketika, dan akhirnya menerima jua RM1 itu.

"Terima kasih dik", ucap saya mengakhiri pertemuan pada petang itu.


p/s: Ikhlas bantu orang, kelak, orang ikhlas membantu kita. InsyaAllah.